Cara-cara Mengikuti Aplikasi Trend Terkini di Pasaran

Cara-cara Mengikuti Aplikasi Trend Terkini di Pasaran

Oktober 10, 2020 0 By carol

Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai teknologi, evolusi teknologi berlaku dengan begitu pantas sekali seiring dengan kepesatan dan perubahan dalam bidang ini. Oleh sebab trend baru sentiasa muncul, jika seseorang ingin sentiasa mengikuti perkembangan terkini boleh menjadi satu tugasan yang agak rumit, namun begitu memang penting untuk seseorang mengikuti teknologi baru yang membentuk industri mereka agar dapat mendorong inovasi, mencapai matlamat perniagaan, dan terus berdaya saing dalam dunia yang semakin cepat berubah, dan tidak ketinggalan dalam perkembangan terkini. 

Banyak pasukan inovasi berjuang untuk merapatkan jurang antara cabaran yang dihadapi dalam bidang yang penuh dengan daya saing yang kuat serta mencari jalan penyelesaian yang paling berkesan untuk menangani keperluan pengguna. Tanpa idea yang tepat pada masanya dan relevan, maka agak sukarlah untuk membawa idea baharu ke meja dan perspektif baru ke pangkalan pengetahuan pasukan yang sedia ada. Kita sepatutnya ada sikap untuk “tidak berhenti belajar” untuk membantu para pengguna untuk berbuka hati dan minda untuk mendamba maklumat baru, pendekatan inventif, dan teknik yang progresif. Kita harus teruskan membaca untuk mengetahui beberapa cara mudah untuk membentuk minda pembelajaran pengetahuan dalam pasukan anda dan bantu mereka mengikuti perkembangan inovasi terkini yang mampu memajukan industri anda.

Cara yang pertama untuk menjadi seorang yang progresif dari segi bidang teknologi adalah dengan membaca laporan penyelidikan terkini.Memang sudah terang lagi bersuluh bahawa tidak ada kekurangan dari segi sumber digital untuk membantu anda mengenal pasti teknologi baru di pasaran. Dengan sekelip mata, kita akan dapat maklumat yang dicari dengan hujung jari kita. Ada kaji selidik yang melaporkan penemuan daripada syarikat dalam industri teknologi dan dapat membantu melampirkan maklumat tentang teknologi terkini, teknologi yang akan diadaptasi, dan teknologi yang berada di pinggir arus perdana. 

Cara yang kedua pula ialah dengan mengikuti berita teknologi. Dengan kemas kini baru yang muncul pada hampir setiap hari, bimbingan daripada pakar industri dalam cara-cara untuk penggunaan rangkaian dan aplikasi baru adalah amat bergguna untuk membuat papan pemuka atau suapan berita yang boleh anda baca di luar talian. Ikuti pemimpin pemikiran terkemuka dalam penerbitan industri dan tontoni kandungan video yang relevan daripada pakar media atau mereka yang mahir menghasilkan video tentang keluaran yang terkini. Media mempu membantu anda untuk menyatukan subjek yang kompleks ke dalam format yang dapat dicerna untuk memberi anda gambaran yang bertahap tinggi yang terbaik.

Yang ketiga, kita patut merebut peluang untuk mendapatkan peluang baru untuk  mendapatkan informasi terbaru yang boleh terus datang terus ke dalam peti masuk kita. Kita juga boleh mempertimbangkan untuk mengaktifkan notifikasi dan pengumuman e-mel yang mengandungi  ciri-ciri baru dari platform teknologi terkemuka.  Pengguna juga boleh memilih untuk kemas kini aplikasi peranti secara automatik untuk memastikan perkembangan terkini, amalan terbaik, dan peluang dihantar ke peti masuk anda setiap hari dalam jangka masa yang cepat.

Untuk memastikan kita seiring dengan perkembangan teknologi terkini, kita haruslah mempertimbangangkan kebaikan kita mempunyai informasi yang terkini dalam kadar segera tentang  apa yang terbaru dalam komuniti sumber terbuka. Komuniti sumber terbuka sering kali menjadi satu kemestian semasa satu teknologi baharu diperkenalkan. Projek tren dalam komuniti ini boleh menjadi petunjuk yang baik mengenai landskap kompetitif dan untuk amalan terbaik umum. Walaupun organisasi anda mungkin belum bersedia untuk menggunakan teknologi ini, mengetahui apa yang ada di luar sana dapat membantu anda mengenal pasti peluang dan menjangkakan kesan yang berlaku kemungkinan atas perniagaan anda.

Seterusnya, kita sewajarnya  berkongsi dan menaklukkan pengumpulan pengetahuan supaya pasukan anda juga mempunyai informasi yang sama. Dengan begitu banyak pengetahuan baru yang berada dalam pegangan kita, maka lebih mudahlah untuk dikendalikan dengan cara menetapkan setiap ahli pasukan bidang teknologi untuk bertanggungjawab atas satu jenis peranti.  Kita juga boleh menggalakkan setiap rakan sepasukan untuk menjalankan penyelidikan mereka sendiri dan menjadi pemimpin pemikiran yang pakar dalam soal bidang itu sendiri. Mesyuarat berkala juga perlu diadakan untuk menyatukan ahli pasukan untuk berkongsi pengetahuan, sambil menyiapkan ruang bersama untuk mendapatkan sumber memberi keseluruhan pasukan akses kepada penemuan yang paling penting.

Yang seterusnya, pemilik perniagaab disarankan untuk menggunakan kad peringatan dalam perniagaan mereka sebagai satu cara untuk menjadi relevan dalam pasaran. Hal ini demikian kerana kad tersebut membantu memastikan trend teknologi terkini sentiasa diingati semasa bengkel inovasi anda. Anda mampu mencetak kad anda sendiri, atau gunakan kad dari alat lain yang sudah sedia ada di pasaran dan perhatikan setiap jenis teknologi baru pada kadnya sendiri. Ini berfungsi sebagai peringatan tentang teknologi baru yang ada dan dengan cara ini akan menjadi semakin mudah untuk menggabungkan teknologi baru ke dalam idea anda untuk sesuatu projek.

Sebagai kesimpulannya, teknologi berubah dengan kadar yang semakin meningkat dan begitu pantas sekali, maka kita perlu menggunakan pelbagai strategi untuk mengikuti perkembangan terkini. Kita harus melapangkan dada untuk menerima pengetahuan baru, dan meneruskan arus terbuka untuk mendapatkan maklumat baharu dan berita terkini supaya tidak ketinggalan seiring dengan perubahan tersebut. Ingatlah bahawa inovasi tidak pernah berlaku dalam keadaan kosong dan tanpa motivasi sendiri. Tanda aras diri anda secara berkala terhadap pesaing dan pemimpin industri, dan bagikan beban di antara ahli pasukan untuk terus mengikuti inovasi yang boleh membawa kepada peluang perniagaan. Maka, dengan inilah kita mampu sentiasa maju dan secara tidak langsung membawa kesedaran kepada orang ramai bahawa negara kita maju kerana adanya orang yang bersedia untuk menyahhut cabaran untuk kekal relevan dalam industri teknologi yang penuh dengan persaingan.