Lima Cara Penggunaan Teknologi di Tempat Kerja untuk Penambahbaikkan Kehidupan Kita

Lima Cara Penggunaan Teknologi di Tempat Kerja untuk Penambahbaikkan Kehidupan Kita

September 22, 2020 0 By carol

Penggunaan teknologi di tempat kerja telah berkembang secara pesat di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju sejak beberapa dekad yang lalu. Persekitaran pejabat kita mengalami perubahan yang besar dan telah diambil alih oleh kemajuan teknologi yang pesat. Ini memberi peluang kepada para pekerja pada zaman sekarang  berinteraksi dengan pasaran global dengan cara yang mudah. Kemasukan dan perkembangan teknologi baru telah membawa pelbagai kemudahan dalam kehidupan peribadi kita.  Oleh sebab perkembangan yang pesat dalam alam teknologi, ia telah sedikit sebanyak mengambil alih kehidupan profesional kita juga. Berikut merupakan 5 cara teknologi di tempat kerja meningkatkan persekitaran kerja dalam alam moden ini:- 

1. Kecekapan dan Peningkatan Produktiviti

Tempat kerja kita telah mengalami perubahan yang besar dalam cara kita menghabiskan masa kita berbanding dengan perniagaan yang masih menggunakan kaedah lama untuk menjalankan perniagaan mereka. Pengurusan waktu telah pun dioptimumkan dengan penggunaan teknologi, dan oleh sebab itu usaha yang dilakukan dalam tugas seharian telah mampu diringankan. Sehubungan dengan itu, produktiviti dan usaha pekerja telah meningkat dengan kewujudan teknologi terkini dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat untuk  memberi penekanan yang lebih kepada perkara-perkara yang lebih penting untuk memaksimakan kadar pengeluaran seperti ketepatan pada masa kerja dan kreativiti pekerja. Tahap harapan terhadap pelanggan dan rakan sekerja juga telah berubah menerusi impak kemudahan teknologi di tempat kerja, dengan memudahkan proses semua orang supaya sentiasa mampu berhubung dengan satu sama lain pada bila-bila masa. Oleh itu, hasil dan produktiviti dijangkakan jauh lebih pantas daripada sebelumnya berdasarkan evolusi teknologi di tempat kerja. Dengannya kemudahan yang sedemikian, maka tidak hairanlah kecekapan pekerja akan mengingkat dan secara tidak langsung membawa kebaikan kepada perkembangan perniagaan anda disebabkan oleh peningkatan dalam kadar produktiviti. 

2. Peningkatan Kerjasama sesama Pasukan

Penggunaan teknologi di tempat kerja telah mampu memberi kita tahap komunikasi yang tidak pernah kita alami sebelum ini. Oleh sebab itu, kami berpeluang untuk berhubung dengan mana-mana pekerja, pemimpin dan rakan sekerja kami pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan adanya teknologi yang sedemikian, maka terdapat peningkatan kolaborasi antara pekerja dan pengurus, dan secara tidak langsung terdapat juga peningkatan dari segi tahap fleksibiliti dalam komunikasi, yang memungkinkan rakan sekerja anda untuk membuat perkongsian secara berterusan dan dalam kadar yang pantas tanpa mengambil kira di mana individu tersebut berada. Kerja berpasukan jauh lebih terserlah dengan bantuan teknologi, dan ini mampu meningkat semangat bekerjasama ke tahap yang baru dengan adanya teknologi baharu. 

3. Peningkatan Pengurusan Kos

Secara amnya, setiap perniagaan ditubuhkan untuk mencapai keuntungan. Dengan wujudnya teknologi di tempat kerja, maka produktiviti dari segi kenaikan kewangan dalam satu perniagaan dapat dicapai. Perniagaan anda akan jauh lebih maju hasil daripada peralatan dan perisian teknologi yang inovatif termasuk lokasi pejabat anda. Oleh sebab pekerja terdorong untuk mengoptimumkan waktu kerjanya dengan adanya teknologi yang maju seperti itu, maka lebih banyak masa digunakan untuk menghabiskan satu tugas dengan cara yang menguntungkan dengan bantuan alat teknologi. Tempat kerja yang produktif adalah cara untuk membawa keuntungan, dan merupakan salah satu contoh penting bagaimana kewujudan teknologi mampu mengubah persekitaran tempat kerja kita supaya menjadi lebih baik. Jika pengurusan kos perniagaan dapat direndahkan, maka kadar keuntungan perniagaan juga akan meningkat.  

4. Tahap Keselamatan yang tinggi

Keselamatan maklumat syarikat dapat dikompromikan dengan teruk tanpa pelaksanaan saluran teknologi dan perisian yang tepat. Maklumat sensitif perniagaan boleh terjejas tanpa sistem yang teknologi yang terbaru dan kukuh, begitu juga syarikat yang menerapkan teknologi inovatif sebagai tempat perlindungan yang selamat dari pelanggaran keselamatan tersebut. Teknologi di tempat kerja membantu memastikan bahawa maklumat hanya dapat diakses oleh orang yang tepat, dan menjadikan hampir mustahil untuk maklumat syarikat yang berkaitan dibocorkan. Maka, memang penting untuk setiap perniagaan untuk mengambil kisah tentang aspek keselamatan maklumat sensitif perniagaan yang mampu memusnahkan nama baik perniagaan dan kemungkinan besar melanggar undang-undang perniagaan dalam negara kita.  

5. Pengalaman Pekerja menjadi Lebih Baik

Walaupun teknologi di tempat kerja hanyalah satu faktor yang menyumbang kepada pengalaman keseluruhan pekerja, ia adalah faktor yang amat penting. Teknologi membentuk budaya organisasi dan mempengaruh bagaimana pekerja berinteraksi dengan ruang kerja fizikal. Maka, pekerja-pekerja pada zaman ini mengharapkan teknologi yang mereka gunakan di tempat kerja sama –sama canggih, maju dan inovatif seperti aplikasi-aplikasi yang mereka gunakan pada telefon pintar mereka. Itulah sebabnya organisasi yang berfikiran maju sering melabur dalam pengalaman pekerja yang merangkumi aplikasi mudah alih, kiosk sebagai satu jalan penyelesaian yang mampu mendorong pekerja-pekerja mereka supaya lebih bermotivasi dalam kerja mereka. Secara tidak langsung, penggunaan teknologi yang terkini mampu memberi satu pengalaman yang positif kepada pekerja-pekerja dari segi kemudahan, dan ini adalah satu cara untuk menambah-baik produktiviti kerja di pejabat dan membawa perasaan yang positif dan mampu menggurangkan stres yang dihadapi semasa di pejabat atau apabila seorang pekerja harus bekerja dari rumah mereka. 

Rumusannya, tahap keuntungan, keselamatan dan produktiviti syarikat anda adalah sesuatu yang tidak mampu dipisahkan dalam perniagaan anda. Dengan adanya elemen teknologi dan perisian pengurusan pejabat, komponen perniagaan anda dapat dilindungi dan diperkemas dengan lebih baik. Dengan menerapkan peralatan dan alat teknologi yang berkesan, serta penyelesaian teknologi dalam pejabat seperti pengurusan pejabat yang menumpukan perhatian kepada kebaikan teknologi dalam kehidupan kami, perniagaan anda dapat memastikan produktiviti dan keuntungan tempat kerja secara optimum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan kesan luar biasa yang memiliki teknologi di tempat kerja berbanding kepada perniagaan yang masih menggunakan cara lama seperti dalam pejabat tradisional. Maka, terserah kepada pemimpin perniagaan untuk mengikuti tren yang terus berkembang ini dengan kaedah yang paling efisien. Sesungguhnya, kita haruslah sentiasa maju seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia untuk memastikan diri kita tidak ketinggalan dengan kepesatan ekonomi kini.